Tuesday, August 2, 2011

bila puasa tiba

salam ramadhan untuk yang beragama islam.
hari ni 3 ramadhan.

aku habis kerja pukul 4.40 ptg semalam. tiba-tiba pukul 4 boss kata nak bincang pasal kerja :(. dah habis bincang, kereta kat jalan dah start penuh, aku decide solat asar dulu, kalau sangkut kat jem pun at least dah solat. so aku keluar ofis pukul 5.

ambik kereta daripada basement tu aku dah nampak gi banyak kereta beratur nak keluar daripada basement parking lot. Basement parking lot ni je dah ada 6 tingkat, pintu keluar dia kat tingkat 2 dgn tingkat 1. So aku budget, agak2 pukul 5.30 - 6 petang kot aku boleh berada di jalan raya. So aku pun bersabar je lah ikut queue.

Alih2, pukul 6 pun masih tak keluar daripada perut bumi.. 'hmm mesti jem kat federal ni, takpe tunggu' aku cakap sendiri. sambil tu aku dah sms husband aku, cakap aku lambat ni, mintak dia masak nasi dulu, nanti aku singgah je bazar ramadhan beli lauk. Tunggu lagi..

ok 6 lebih tu dah nampak langit, terus tuju ke jalanraya, nak u-turn sebab nak masuk NPE. Jem jugak. Gila! Dengan ada bas rosak, kereta Beetle rosak.. Traffic light nye singkat2.. Aku sms lagi husband aku, aku cakap aku tak sempat nak beli lauk, mintak tolong dia beli.

Dia jawab 'ok, tapi saya ada tiga ploh hengget je ni'. Aku jawab ok beli je lah apa yang boleh beli. Sian dia terjebak dalam kemelut kekalutan ini hehe

6.45 petang baru dapat masuk NPE. 6.45..??? Aku pun apa lagi, masuk S-mode, bawak kereta mcm hantu raya.

Anyway, aku sampai rumah pukul 7.15 mlm. Ngam-ngam lagi 15 minit nak buka puasa. Sian budak-budak, makan je apa yang ada.

Tuesday, January 25, 2011

First Entry

:: 26 Jan 2011 ::

Seperti biasa, hari ini untuk ke tempat kerja, tempuh kesesakan lagi. Ya lah, macam yang saya kata, 'macam biasa'. Mujur kereta saya kecil, selit kiri-kanan orang tak marah sangat (ahaks).

Cuma hari ni, skill saya tercalar bila saya cuba mencilok ke kiri dari lane paling kanan tapi terlupa nak pandang cermin sisi kiri. Tiba-tiba nampak kepala lori dah penuh kat cermin pandang belakang. Dan-dan lori tu:

PRRRRROOOOOOONNNNNN!!! Marah sungguh pemandu lori tu dengan saya, saya hanya mampu angkat tangan kanan tinggi-tinggi (tanda mintak maaf)

"Ampon kan saya abang lori, tak nampak"

Lepas tu saya cilok terus ke kiri, lori tu tak puas hati hon lagi. Ahaks. Saya angkat tangan lagi tanda saya menyesal dengan perbuatan saya.

Saya berazam untuk tidak meng-sms semasa memandu kereta manual lagi :-P