Tuesday, January 25, 2011

First Entry

:: 26 Jan 2011 ::

Seperti biasa, hari ini untuk ke tempat kerja, tempuh kesesakan lagi. Ya lah, macam yang saya kata, 'macam biasa'. Mujur kereta saya kecil, selit kiri-kanan orang tak marah sangat (ahaks).

Cuma hari ni, skill saya tercalar bila saya cuba mencilok ke kiri dari lane paling kanan tapi terlupa nak pandang cermin sisi kiri. Tiba-tiba nampak kepala lori dah penuh kat cermin pandang belakang. Dan-dan lori tu:

PRRRRROOOOOOONNNNNN!!! Marah sungguh pemandu lori tu dengan saya, saya hanya mampu angkat tangan kanan tinggi-tinggi (tanda mintak maaf)

"Ampon kan saya abang lori, tak nampak"

Lepas tu saya cilok terus ke kiri, lori tu tak puas hati hon lagi. Ahaks. Saya angkat tangan lagi tanda saya menyesal dengan perbuatan saya.

Saya berazam untuk tidak meng-sms semasa memandu kereta manual lagi :-P

No comments:

Post a Comment